icon icon Keterangan Logo

BENTUK:

  1. LELAYANG BERPAUT

Menerangkan teras budaya kemalaysiaan yang penyayang dan saling tolong menolong antara satu dengan yang lain.

  1. BULATAN TENGAH

Menerangkan keseluruhan dan kejituan ahli masyarakat penolong khususnya golongan kaunselor yang bersifat adil, progresif dan bernilai murni yang sentiasa bersedia kearah membantu sebarang warganegara yang memerlukan bantuan profesional.

 

WARNA:

Asas warna yang digunakan adalah warna-warna yang terdapat pada bendera Malaysia iaitu:

      1. MERAH

    Menerangkan semangat pemikiran dan tindakan yang gigih dan kental. Sentiasa bersedia

     untuk berbakti demi kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara Malaysia.

   2. KUNING

Menerangkan semangat, jiwa dan kepercayaan yang tenang dan suci dalam melaksanakan tugas murni berdasarkan kepada kedaulatan Negara Beraja dan Berpelembagaan.

3. BIRU

Menerangkan arah dan pandangan jauh yang menuju kepada kecemerlangan, keutuhan dan kegemilangan disebalik suasana yang Aman, Damai dan Tenteram.